Kehidupan awal Victor_(kanak-kanak_liar_Aveyron)

Victor dianggarkan dilahirkan sekitar tahun 1788. Menurut Jean-Marc Gaspard Itard, Victor adalah kanak-kanak normal semasa dilahirkan  tetapi diabaikan sejak kecil oleh ibu bapanya yang ketagihan alkohol. Selepas itu, beliau kemudian meninggalkan tamadun dan tinggal di alam liar.  Victor belum baligh apabila beliau ditangkap pada tahun 1800, tetapi mengalami akil baligh dalam masa satu atau dua tahun kemudian. Tidak diketahui bila atau bagaimana beliau datang untuk tinggal di hutan berhampiran Saint-Sernin-sur-Rance, walaupun beliau dilaporkan dilihat di sana sekitar tahun 1794. Pada tahun 1797, Victor telah dikesan oleh tiga orang pemburu kemudian bertindak lari daripada mereka tetapi berjaya ditangkap apabila beliau cuba memanjat pokok. Mereka membawanya ke sebuah bandar berdekatan di mana beliau dijaga oleh seorang balu. Bagaimanapun, beliau segera melarikan diri dan kembali ke hutan; beliau secara berkala dikesan pada tahun 1798 dan 1799. Pada 8 Januari 1800, beliau keluar dari hutan dengan sendirinya. Umurnya tidak diketahui, tetapi penduduk kampung menganggarkan umurnya kira-kira 12 tahun. Kekurangan pertuturannya, serta makanan pilihannyaya dan banyak parut di badannya, menunjukkan kepada beberapa orang bahawa beliau telah berada di alam liar sepanjang hayatnya. [2]

Rujukan

WikiPedia: Victor_(kanak-kanak_liar_Aveyron) http://classiques.uqac.ca/classiques/itard_jean/vi... http://www.imdb.com/title/tt1460446/ http://www.indiana.edu/~intell/itard.shtml //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8543537 //doi.org/10.1097%2F00004583-199512000-00016 https://www.nytimes.com/1976/05/16/archives/the-wi... https://gallica.bnf.fr/ark:/12148/btv1b8626260x https://archive.org/details/bub_gb_E63cRcnV2hIC https://archive.org/details/wildboyofaveyron00lane https://web.archive.org/web/20111125090229/http://...